Saturday, 3 October 2015

berakhirnya praktikum kami di sekolah SK.bandar seri putra,kajang. banyak bebeno kenangan yang saya dan rakan-rakan dapat.hope kite dpat jmpe blek ye..im still miss u anak2 murid ustazah..
jumpe lgi kelas 3C..

tahniah ats kemenangan kamu wahai anak cemerlang,gemilang dan terbilang.hope berjaya di dunia dan akhirat..hadiah bese2 je ustazah bagi..hope kamu terima dgn hati yg ikhlas ye..success for final exam nanti..

guru pembimbing..kak rosfatimah..syukran atas perkongsian ilmu yang akk beri pde sye..syukran jiddan..=)

rakan-rakan praktikum sesi ptg ..semoge ukhuwah kite x kan ilang ye..inshaAllah..syukran sbb sntiasa sbar mengahadapi dugaan yang kite hadapi di sekolah...hope realiti nanti kite bole hadapinya dgn lebih baik..inshaAllah..

jumpe lagi..=)..bye..anyeong hagesayo...saranghae <3

Tuesday, 15 September 2015

luahan sorang guru praktikum..

asssalamualaikum...haii..anyeong haseyo..dah lme x bkak my blogger uhibbu arabiah..errmm..after buat blog nyh aq sebok praktikum plak..tulah dh lme x update kan..soo nak buat lah bberapa perkongsian aq sepanjang aq praktikum..tapi blom abis lgi lah..heheheh..2 haribulan 10 dh abis lah..inshaAllah..estu nk cri kerja plak sblom graduate..inshaAllah..
firstly, aq praktikum sebagai guru pendidikan bahasa arab untuk sekolah rendah,,aq praktikum di sekolah SK. Bandar Seri Putra kajang. =)...bagi aq sekolah rendah mmg sng kawal bdak2..tetapi yg mncabar bagi aq bile praktikum adalah tertekan dgn guru-guru di sekolah lah..mcm2 diorg ckp psal guru praktikum nilah..tulah..beselah tuh..aq dh kena sblm praktikum..dh msak dh pon..wt x tw jelah..xpi tulah kdg2 x leh tahan...ttup telinga jelah..haahahaha..fresshhhiiieeeee kannn..(hanya tuhan shj yang tahu..)..sbr syah..sbr ye..
xpi bgi aq..mngajar adalah perkara yang terbaik utk kita sebagai guru bahasa arab..boleh bgi nasihat utk pelajar,,guru-guru yang lain dan juga utk diri sendiri...x smestinya mengajar shj..tetapi bgi sesuatu yang bermanfaat utk kita dan org lain..inshaAllah...
ny baru part 1...hehehhe..nanti de mse syah kongsi lgi ye..

Friday, 27 February 2015

Alhamdulillah..syukur kepada Allah subhanallahu taa'la di atas memberi saya semangat dan kesabaran dalam menyiapkan kerja blogspot secara berseorangan. selain itu juga, tidak lupa juga saya terhadap rakan-rakan yang turut membantu saya membuat blog ini kerana saya tidaklah berapa tahu membuat blog..tetapi saya belajar sikit demi sedikit dari mereka dan  melalui rakan,melalui blog-blog yang mengajar saya bagaimana nak buat sesuatu blg itu menjadi ceria dan cantik..


terima kasih juga kepada adik perempuan saya yang turut membantu saya membuat blog walaupun hanya wallpaper belakang tuh..hahahahaha..apepon..saya hargai setiap pemberian orang atas ape yang mereka lakukan kepada kita..


saya harap sangat rakan-rakan blog yang lain folow saya dalam blog ini..(kakyongnoona.blospot.com.)
inshaAllah saya akan menyambung lagi sesi embelajaran dan perkongsian bersama rakan semua..ASSALAMUALAIKUM..=)

Thursday, 26 February 2015

ISIM ISYARAH TAHUN 3


Assalamualaikum..kaifa halukum??hehehe..ana juz nak kongsi serba sedikit pengajaran dan pembelajaran iaitu p&p di dalam bilik darjah yang paling simple skali..inshaAllah rakan semua akan berpuas hati apa yang ana kongsi bersama kalian semua..
kelas: tahun 3
pembelajaran : bahasa arab
tajuk: isim isyarah




MUQADDIMAH DULU....

isi kandungan yang penting sekarang nyh..

bacaan doa sebelum belajar..=)



set induksi dulu...jangan terus masok belajar..

Mulakan penlajaran kita..





isim isyarah mufrad muzakkar

muthannah muzakkar

jamak muzakkar


isim isyarah muannas mufrad muannas


muthanna muannas 


jamak muannas


latihan dan aktiviti untuk peljar yang ringkas2 shj..=)

latihan 1


latihan 2



slide betul


slide salah 


penutup '


Wednesday, 25 February 2015

Haiwan Peliharaan dan haiwan jinak

طيرُ=burung

kucing-= قطةُ

ديكُ= ayam jantan

ikan = السمكُ

دجاجةٌ= ayam betina

anjing= كلبُ

Sunday, 22 February 2015

Bagaimana Pengurusan Masa Terbaik Yang Diajarkan Dalam Islam?

Pengurusan masa

Masa itu emas           
Ungkapan melayu dahulu kala sering mengaitkan masa dengan emas. Masa itu emas. Mungkin pada masa dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya.
Benarkah sampai begitu sekali?
Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa?
Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula. Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.
 Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana.
Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)
            Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran. Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.
 Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas?
Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa.
Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka!
Punca pembaziran masa
Ada manusia yang mampu menguruskan masa dengan baik sehinggakan setiap detik masa yang ada diinfakkan untuk melakukan kebaikan dan memperoleh redha daripada Allah s.w.t.
Ada juga manusia yang tidak tahu menghargai masa dan selalu menghabiskan masa untuk perkara yang menggembirakan hati mereka.
Ada manusia juga yang mampu menggunakan masa dengan baik pada mulanya, tetapi tidak kekal lama, akhirnya kembali meneruskan tabiat yang lama. Persoalannya, mengapakah perkara ini seringkali terjadi?
            “Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)
 Inilah antara sebab mengapa manusia seringkali culas dengan pengurusan masa. Imannya kadangkala turun dan naik. Tidak tetap. Perkara inilah yang perlu kita akui sebagai insan yang lemah di hadapanNya.
Perlu diingatkan juga, walaupun iman ini sentiasa naik dan turun, namun kita punyai pilihan sama ada untuk meningkatkannya atau mengurangkannya.
Oleh sebab itulah di dalam hadis ini, kita disarankan agar sentiasa memperbaharui iman kita. Apabila iman sudah tetap di hati, maka pengurusan mengenai masa bukanlah masalah terbesar yang perlu dihadapi.
 Kedua, manusia ini mempunyai hati yang mudah berbolak-balik.
Mungkin di siang hari, kita senang untuk melakukan kebaikkan, tetapi tiba di malam hari, kita berubah dan lebih tega untuk melakukan maksiat.
Begitulah manusia yang mempunyai hati tidak tetap dan seringkali berubah. Allah s.w.t telah berfirman:
            “Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.” (Surah Al-Anam, ayat 110)
 Semakin tetap hati kita, semakin sukar untuk kita jatuh dan tergelincir ke kancah maksiat. Namun, bukan mudah untuk tetapkan hati.
Nabi Muhammad s.a.w  selalu mengamalkan doa, “Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.”
Jika Nabi yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, seringkali meminta agar ditetapkan hati, apatah lagi kita yang tidak pernah gagal untuk melakukan dosa, sudahkan doa ini dilazimi di bibir kita?
            “(Iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Surah Al-A’raf, ayat 16 dan 17)
Inilah antara punca yang terakhir yang ingin dikongsikan dalam di dalam artikel ini.
Janji syaitan terhadap Allah s.w.t sebelum golongan ini keluar dari syurga dan ditempatkan pula di neraka jahanam.
Syaitan telah berjanji akan terus menyesatkan cucu cicit Adam sehingga hari kiamat tiba.
Hanya manusia yang benar-benar ikhlas sahaja dan tidak lalai akan terselamat dari godaan dan tipu daya syaitan.
Ayuh kita atasinya!
 Terlewat melaksanakan sesuatu tindakan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Malah situasi akan menjadi lebih parah lagi sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
 Orang yang benar-benar mengenali masa dengan baik akan berpotensi menggunakan masa sebaiknya tanpa membazirkannya ke jalan yang sia-sia.
Setiap manusia dikurniakan 24 jam dalam sehari.
Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.
            Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh.
Dalam konteks penggunaan masa, kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Biarlah pekerjaan itu sedikit, tetapi pastikan jangan meleret!
Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan elakkan bertangguh agar masa yang selebihnya dapat digunakan untuk perkara lain yang sama taraf kepentingannya.
Hormati masa orang lain
Hidup bermasyarakat mensyariatkan kita agar bermuamalat dengan manusia lain. Kita sering sahaja memandang enteng tentang kepentingan masa orang lain. Apabila perkara ini tidak dibendung sewajarnya, maka mudarat mudah sahaja mendekati!
Mungkin mudah untuk berjanji masa dengan orang lain, tetapi tidak mudah untuk menepati masa dengan orang lain.  Berjanji masa lain, tepati masa lain.
Inilah mentaliti yang perlu kita atasi secepatnya. Membiarkan perkara ini sehingga bernanah, akan merumitkan lagi langkah pemuliharaan.
 Sekiranya berjanji, maka tepatilah sehabis baik. Hormati masa orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menghormati masa kita. Sebagai seorang mahasiswa, pelajar dan juga penuntut, kehidupan kita sangat dekat dengan kelas serta kuliah. Kuliah yang kita hadiri saban hari perlulah kita peka dengan waktu pembelajaran bermula. Andai terlewat, kita bukan sahaja menganggu kelas dan pensyarah, tetapi memandu insan sekitar kita untuk melabelkan diri kita sebagai manusia yang tidak tahu menghargai masa!
 Sekiranya bersyura, berusrah, bermesyuarat atau apa-apa majlis yang memerlukan kehadiran kita untuk majlis itu bermula, maka jangan zalimi masa orang lain.
Jika terpaksa lewat disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, latih diri untuk beradab dengan masa orang lain. Mohon kemaafan dan maklumkan akan kelewatan kita.
Ini lebih indah daripada lewat tanpa berita dan alas an yang kukuh!


Tawan masa!
Ramai manusia yang celik akan kepentingan masa tetapi buta akan cara menggunakannya.
Jadi, perkara ini akan merugikan diri kita sendiri. Belajarlah cara menawan masa dan janganlah biarkan diri kita ditawan pula oleh masa!
            “Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.” (Riwayat Bukhari)
            Antara kita dengan masa, siapakah lebih cilik?
            Tanya diri kita sendiri, moga beroleh petunjuk Ilahi. Wallahualam.
*****
Artikel ini adalah perkongsian daripada sahabat kita, Cetusan Mukmin ke inbox akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca, InsyaaAllah :)