PENGENALAN
•
Set
induksi mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja tetapi memainkan
peranan yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
•
Set
induksi membolehkan guru mengawal:
–
disiplin pelajar
–
memastikan
pelajar bersedia untuk pelajaran seterusnya
–
menarik
minat pelajar langkah
pelajaran yang seterusnya.
–
membantu
menuetralkan emosi pelajar
CIRI
UTAMA SET INDUKSI
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Membuat perkaitan
Menarik Perhatian
•
mewujudkan nada suara yang sesuai.
•
menggunakan ABM/BBM/BBB yang menarik.
•
menggunakan gerakan, konteks mata,
dan isyarat.
•
menunjukkan suatu aktiviti yang
menarik dan tidak pernah terfikir oleh pelajar.
Mewujudkan Motivasi
•
membangkitkan rasa ingin tahu.
•
menggunakan teknik bercerita.
•
menunjukkan suatu aktiviti yang
berguna.
•
menggunakan soalan yang mencabar -
HOTS / KBAT
Membuat Perkaitan
•
mengaitkan pengetahuan lepas murid.
•
mengaitkan isi pelajaran baharu.
•
mengaitkan peristiwa semasa.
•
mengaitkan minat dan pengalaman murid.
•
menceritakan pengalaman guru
TUJUAN SET INDUKSI
·
Memulakan
setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baharu.
·
Memperkenalkan
sesuatu konsep kepada pelajar.
·
Mewujudkan
hubungan awal yang baik dan mesra.
·
Memulakan
sesi komunikasi dan menggalakkan pelajar berinteraksi.
·
Memulakan
kerja-kerja amali di makmal atau di padang.
CONTOH
SET INDUKSI
•
Set
induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru.
•
Set
induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, menyusun
kata/puzzle, nyanyian, lakonan, simulasi,
isu yang mencabar minda pelajar, isu semasa yang berkaitan tajuk/tema,
pengalaman murid, pengalaman guru, dan
sebarang cara yang mengambil masa yang pendek.
S.O.P SET INDUKSI…satu cadangan
•
Guru
beri salam dan pelajar jawab salam
•
Seorang
pelajar baca doa…pelajar lain ikut membacakan doa bukan meng-amin-kan doa.
•
Susun
meja, pungut sampah, susun buku dan alat tulis atas meja.
•
Mulakan set induksi dan langkah pengajaran seterusnya.
PERHATIAN
•
Kesilapan utama semasa
melaksanakan set induksi
•
menjadikan tajuk atau isi
kandungan sebagai set induksi kerana set induksi bukan tajuk atau isi
kandungan TETAPI SET INDUKSI merupakan
momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar.
•
Set induksi dilaksanakan tidak
melebihi 5 minit. sekiranya kurang lebih baik.. namun biarlah menarik dan
menggembirakan pelajar
SET
INDUKSI SAYA…
•
Di
hujung sebuah kampung…suami, isteri, dua orang anak…hari-hari isterinya suka
membebel dan cerewet…tangkap isteri dan buang dalam perigi lama.
•
Dua
minggu, ayah dan anak-anak tadi rasa sunyi..menyesal atas tindakan mereka…ambil
tali ke perigi lama… supaya rumah mereka ceria semula.
•
Terkejut…
MESEJ
UNSUR KECINDAN…
•
Ada
unsur lucu
•
Memperkasakan
kecerdasan interpersonal dan intrapersonal (keperluan diri sendiri dan
keperluan orang lain dalam komuniti)
•
Kecerdasan
logik dan ruang (faktor masa, keluasan perigi)
•
Soalan
provokasi…adakah tindakan suami/anak betul?...beri pendapat dan kaitan EQ
(kecerdasan emosi)…catat pandangan, tampal…kaitkan dengan pembelajan akan
datang.
•
Pada
pendapat anda, apakah yang berlaku akhirnya?
KESIMPULAN
•
Percayalah
1…melalui set induksi KITA
boleh menimbulkan minat dan menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk terus
belajar dalam tempoh 40 atau 80 minit bersama-sama KITA.
•
Percayalah
2…set induksi membuka ruang
kepada pelajar untuk bersedia belajar dan berfikir daripada aspek pengetahuan,
kemahiran, dan nilai yang akan KITA persembahkan.
No comments:
Post a Comment